Wednesday, September 29, 2010

Semester Baru


Fuhh..penuh habuk blog ni, macam bilik yang ditinggalkan selama 3 bulan di Madinah. Atas permintaan, saya cuba mula menulis semula. Ataupun lebih tepat, mula belajar menulis.


Alhamdulillah hampir seminggu di Madinah meneruskan pengajian, dah masuk semester 8, bukan hanya tahun akhir, tetapi semester akhir bagiku. Terasa berat meninggalkan tanah air kali ini. Kalau tahun lepas yang ditinggalkan seorang, tapi kali ini seorang lagi dalam perut yang dah masuk 36 minggu. Kebetulan juga hari ini dah 1 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari berkahwin. 1234, kebetulan sahaja, tiada apa-apa kepercayaan pada angka tersebut.


Semoga hari-hari yang aku tempuh di sini lebih baik dari semalam.

Thursday, December 3, 2009

Penyejuk Mata Hatiku



Wednesday, December 2, 2009

Siapakah Mahram Anda?


Mahram ialah suami dan lelaki yang haram dikahwini selama-lamanya disebabkan pertalian kerabat atau susuan atau perkahwinan. Daripada definisi mahram di atas boleh dibahagikan mahram kepada 3 bahagian :
Pertama : Kaum Kerabat.
Kedua : Saudara Mara Susuan.
Ketiga : Pertalian disebabkan perkahwinan seperti menantu, mertua dan sebagainya.

Mahram disebabkan pertalian kerabat terbahagi kepada 7 bahagian :
1. Bapa, datuk dan seterusnya ke atas samada dari sebelah bapa atau emak.
2. Anak lelaki, cucu lelaki dan seterusnya ke bawah samada daripada anak lelaki atau perempuan.
3. Abang dan adik lelaki samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
4. Bapa saudara sebelah bapa samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
5. Bapa saudara sebelah ibu samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
6. Anak, cucu lelaki daripada abang ataupun adik lelaki dan cucu lelaki daripada anak saudara perempuan dan ke bawah samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
7. Anak, cucu lelaki daripada kakak ataupun adik perempuan atau cucu lelaki daripada anak saudara perempuan dan ke bawah samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.

Mahram disebabkan pertalian susuan sepertimana pertalian kerabat.

Sabda Baginda saw bermaksud :
“ Diharamkan disebabkan susuan apa yang diharamkan daripada nasab keturunan.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

• Mahram disebabkan perkahwinan terbahagi kepada 4 bahagian :
1. Anak, cucu tiri dan seterusnya ke bawah.
2. Bapa, datuk mertua dan seterusnya ke atas samada daripada bapa ataupun ibu.
3. Menantu lelaki dan menantu kepada anak lelaki ataupun anak perempuan.
Ketiga-tiga bahagian di atas dikira sebagai mahram setelah terlaksana akad nikah yang sohih.
4. Bapa dan datuk tiri dan seterusnya ke atas samada daripada bapa ataupun ibu, tetapi tidak dikira mereka sebagai mahram kecuali selepas jimak.

Saturday, November 14, 2009

Wife

Wife.

It's such an honour to be called a wife
Feeling respected and full of dignity
Guarded and secured, that's how a wife is seen.

Oh Allah
Alhamdulillah for the bounty You give
Letting me be a wife to someone with deen
Can't thank You enough for the serenity
That washes away all fitnah and worldly worry.

Oh Allah
Make us husband and wife even beyond end of life
Grant us Your redha and Your paradise.

Amin.

Tuesday, November 10, 2009

10 Wasiat Hassan Al Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.