Wednesday, December 2, 2009

Siapakah Mahram Anda?


Mahram ialah suami dan lelaki yang haram dikahwini selama-lamanya disebabkan pertalian kerabat atau susuan atau perkahwinan. Daripada definisi mahram di atas boleh dibahagikan mahram kepada 3 bahagian :
Pertama : Kaum Kerabat.
Kedua : Saudara Mara Susuan.
Ketiga : Pertalian disebabkan perkahwinan seperti menantu, mertua dan sebagainya.

Mahram disebabkan pertalian kerabat terbahagi kepada 7 bahagian :
1. Bapa, datuk dan seterusnya ke atas samada dari sebelah bapa atau emak.
2. Anak lelaki, cucu lelaki dan seterusnya ke bawah samada daripada anak lelaki atau perempuan.
3. Abang dan adik lelaki samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
4. Bapa saudara sebelah bapa samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
5. Bapa saudara sebelah ibu samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
6. Anak, cucu lelaki daripada abang ataupun adik lelaki dan cucu lelaki daripada anak saudara perempuan dan ke bawah samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.
7. Anak, cucu lelaki daripada kakak ataupun adik perempuan atau cucu lelaki daripada anak saudara perempuan dan ke bawah samada seibubapa, sebapa atau seibu sahaja.

Mahram disebabkan pertalian susuan sepertimana pertalian kerabat.

Sabda Baginda saw bermaksud :
“ Diharamkan disebabkan susuan apa yang diharamkan daripada nasab keturunan.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

• Mahram disebabkan perkahwinan terbahagi kepada 4 bahagian :
1. Anak, cucu tiri dan seterusnya ke bawah.
2. Bapa, datuk mertua dan seterusnya ke atas samada daripada bapa ataupun ibu.
3. Menantu lelaki dan menantu kepada anak lelaki ataupun anak perempuan.
Ketiga-tiga bahagian di atas dikira sebagai mahram setelah terlaksana akad nikah yang sohih.
4. Bapa dan datuk tiri dan seterusnya ke atas samada daripada bapa ataupun ibu, tetapi tidak dikira mereka sebagai mahram kecuali selepas jimak.

1 comment: