Tuesday, November 10, 2009

Memori Ramadhan 1430H



Maaf kerana melbournetomadinah lama menyepi. Semoga selepas ini lebih istiqamah.

Menyingkap kembali kenangan Ramadhan yang lepas.

Ramadhan Kareem! :)

Berdebar-debar hati menunggu menjelangnya bulan mulia, bulan rahmat, bulan keampunan.

Berdebar kerana takut tak dapat menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Berdebar kerana takut pabila labuhnya tirai Ramadhan tapi masih tak diampun dosa. Berdebar juga mungkin kerana... Ini Ramadhan pertama untuk kami berdua. Semoga synergy yang dibina membuahkan amal yang lebih baik.

Ramadhan kali ini Ramadhan penuh warna warni. Banyak pengalaman baru yang ditempuh yang banyak memberi pengajaran pada diri, yang mencetuskan kenangan unik, yang diharap tak luput dari kotak memori..

Rindukan mujahadah tatkala mengharungi de tour yang jauh pabila bukit yang menjadi penghubung utama kawasan rumah sewa kami dengan jalan utama ditutup kerana kejadian tanah runtuh yang tak semena-mena. Perjalanan ke masjid sejauh 3.1 km menjadi 27 km. Dalam memujuk hati untuk bersabar dengan ujian, teringat para sahabat di Tebing Barat yang dipenjara oleh the Israeli-made Iron Wall. Untuk ke kampung sebelah, mereka terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya dek kerana dinding besi Zionist yang bertujuan untuk memansuhkan kawasan sekitar perkampungan Palestin. Tarbiyah Ramadhan.

Rindukan surau pejabat yang penuh di awal waktu sehinggakan perlunya solat jemaat dibahagikan sesi atas kesempitan ruang. Betapa hebat rahmat Allah dalam bulan mulia itu.

Rindu.

Sehingga ke detik-detik akhir, hati tak henti-henti berdoa agar amal diterima, taubat disambut dan terampun dosa. Air mata hangat mengalir di pipi tatkala terdengar azan maghrib di ambang 1 Syawal. Perasaan yang bercampur baur. Sayu dalam penuh pengharapan.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

No comments:

Post a Comment